Home

Ada Hukum Faraid, Tak Perlu Wasiat?

Ramai Muslim menyangka bahawa harta mereka akan diagihkan terus kepada waris mengikut Faraid secara otomatik setelah mereka meninggal dunia.

Mereka tidak sedar bahawa selepas seseorang beragama Islam meninggal dunia, waris-warisnya terpaksa melalui kesusahan terhadap proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan mengikut Faraid.

Ini adalah kerana proses pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia terbahagi kepada 2 aspek: iaitu PENTADBIRAN dan PENGAGIHAN. Hukum Faraid hanyalah berkenaan dengan PENGAGIHAN. Tanpa proses pentadbiran yang dilaksanakan oleh Wasi, pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum Faraid tidak dapat dijalankan.

Oleh demikian, anda perlu membuat Wasiat walaupun ada hukum faraid kerana dengan adanya Wasiat, anda dapat melantikan Wasi yang anda percayai dan justeru itu dapat memastikan proses pentadbiran dan pengagihan Harta Pusaka dapat dilaksanakan dengan lancar selepas kita meninggal dunia.